SEBUAH RUMAH ALLAH BAKAL DIBINA
WAKAF PEMBINAAN MASJID AL-MUHAMMADI,
RM DUA JUTA MASIH DIPERLUKAN

Bermula dari tahun 2010 masyarakat di sekitar padang serai, Kedah memerlukan sebuah masjid lagi untuk mereka tunaikan Ibadah seperti Solat jemaah dan Jumaat serta aktiviti kemasyarakatan yang lain. Buat masa ini, mereka mendirikan solat jumaat hanya di Sebuah Surau yang tidak lagi mampu menampung bilang ahli Qaryah yang semakin hari semakin bertambah.
.jpg)
Yang lebih teruk, ada ketika bilangan orang yang mendirikan solat jumaat di Surau diri jumaat di sini yang hanya mampu menampung sekitar 300 jemaah sahaja sedangkan bilangan jemaah sendiri sudah mencecah tiga ribu orang. Bilangan yang begitu ramai ini menyebabkan sehingga sebahagiannya terpaksa solat di luar surau.
.jpg)
Pihak qaryah berusaha, mencari dana dan alhamdulillah dengan hasil sumbangan orang ramai, sekitar dua juta telah berjaya dikumpul dan pihak masjid masih memerlukan Rm Tiga juta untuk memulakan pembinaan. Yang lebih menarik, sumabangan yang terkumpul adalah dari orang ramai bukan dari mana-mana badan korporat yang menyertai.
Kami mengajak para dermawan semua, kita mulakan proses pembinaan rumah Allah di bulan yang mulia ini. Kita sahut apa yang dianjurkan oleh baginda Rasulullah pada kita agar membina rumah Allah seperti dalam hadis berikut:
"Sesiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana ALLAH walau sekecil apa pun, maka, ALLAH akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
.jpg)
Setiap derma yang kita salurkan, insyaAllah didoakan agar pahala yang berterusan akan diperoleh. Kita doakan, ketika setiap sujud yang dibuat, setiap takbir dan tahmid dibacakan, akan ada ganjaran oleh Allah yang akan disediakan buat kita.
Saudara, ayuh kita realisasikan impian penduduk di sini untuk mendapatkan sebuat tempat ibadah yang lebih baik.